sukarnya mentafsir..
–jika kita menyelak lembaran baru bagai menyelak helaian baru untuk menulis segala isi dan tampalkan gambaran tentang apa jua yang berlaku.
hem sukar hendak kita fahami jika langkah tarian yang tidak seiring dgn rentak alunan muzik, bahkan kita menjadi janggal untuk mentafsir bahkan mengerti apa apa drama yang kita lihat kerana jiwa tidak benar benar mengerti setuasi.
dalam kepayahan meredah anak belantara sebuah kehidupan bukan semudah kita menyebut, kerana perjalanan yang berliku tak mudah untuk kita sampai ke distinasi tanpa kecekalan yang utuh.
percaya atau tidak kehidupan ini sangat rumit jika kita tidak isi dengan amalan dan segala apa jua untuk menyeimbangi dengan alam barzah yang pasti untuk pengakhiran sebuah kehidupan.
disana kita juga bukan mudah untuk mentafsir keadaan kerana tidak siapa pun masuk kesana dan kembali bercerita kepada kita apa jua didalamnya…maka kita harus mengerti untuk sebuah pengakhiran itu bilamana hari ini kita masih punya waktu untuk membuat segala persiapan.
hampir kita lupa juga bahawa kata bicara kita yang melampau bakal mengundang celaka jika tanpa batasan .sebuah coretan tentang diri adalah peribadi untuk kita luahkan pada sesiapa secara terbuka ,kerana itu perjalanan kehidupan diri..maka harus berhati hati bermain sandiwara dunia, ………..
demikian sukarnya mentafsir segalanya…..